Pengstrukturan Semula LAUT
Pengstrukturan Semula LAUT
Lembaga Sumber Air Terengganu (selepas ini dikenali sebagai LAUT) ditubuhkan pada 1 Disember 2020 selaras dengan Seksyen 3 Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 (ESAT 2020). Dengan penubuhan LAUT, kerajaan Negeri telah menaiktaraf JBAT kepada LAUT bagi menjalankan kedua-dua fungsi bekalan dan sumber air. Walaubagaimanapun setelah diteliti fungsi kedua-dua organisasi ini dan kekangan-kekangan yang terdapat pada masa kini, JBAT masih releven dan perlu dikekalkan sebahagian fungsinya.
Setelah meneliti semula tadbir urus hal bekalan dan sumber air, pada Mei 2021 Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengstruktur semula dengan mengekalkan JBAT dikekalkan sebagai satu jabatan di bawah Kerajaan Negeri. JBAT berfungsi untuk menyediakan kemudahan bekalan air bagi memenuhi keperluan rakyat melalui perancangan, pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur bekalan air selaras dengan Enakmen Bekalan Air (Terengganu) 1998.
Manakala LAUT sebagai agensi separa kerajaan yang bertanggungjawab memastikan pengurusan mapan sumber air dan perkara-perkara berkaitan dengannya di Negeri Terengganu dibawah Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 yang diwartakan pada 1 Disember 2020.