Air Paya
AIR PAYA
Paya adalah kawasan tanah yang terisi dengan air secara kekal1. Air paya terdiri daripada air tawar, air payau, atau air laut dan terbentuk di sepanjang sungai besar dan tasik di mana ia sangat bergantung pada air hujan dan banjir bermusim untuk mengekalkan turun naik paras air semula jadi. Paya merupakan ekosistem yang kompleks dimana kualiti air adalah pelbagai. Tanah Bencah Setiu, contohnya merupakan jenis paya paling besar di Terengganu. Ia adalah campuran hutan sungai tepi sungai (‘riparian forest’), rawa gambut (‘peat swamp’), bakau, laguna payau (‘brackish lagoon’) dengan tumbuh-tumbuhan dan pulau-pulau pasir, dasar rumput laut (‘seagrass beds’) dan pantai berpasir. Ia juga unik kerana memiliki berbagai ekosistem yang saling berkaitan, seperti laut, pantai, lumpur, laguna, muara, sungai, hutan pantai dan hutan
1https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/swamp/