Soalan Lazim
01/08/2021 in Informasi
LAUT merupakan singkatan kepada Lembaga Sumber Air Terengganu, sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Terengganu yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara sumber air, lembangan sungai, perairan pantai dan alam sekitarnya.
LAUT ditubuhkan bagi memenuhi hasrat negeri untuk pengurusan mapan sumber air dan untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020
Merujuk kepada Seksyen 7 Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020, Lembaga hendaklah mempunyai fungsi-fungsi seperti yang berikutβ
- memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar-dasar sumber air tetapi tidak terhad kepada cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mapan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien bagi maksud awam;
- membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi;
- mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam Negeri;
- membangun dan melaksanakan panduan, standard prestasi, cara-cara dan tatacara-tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air;
- menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam Negeri dan antara negeri-negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber air pelbagai fungsi;
- menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri;
- mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien, pembangunan dan pemuliharaan sumber air dan sumber di dalamnya;
- menyediakan pelan sumber air yang bersepadu antara agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua pihak yang berkepentingan;
- mengurus keseimbangan sumber air yang mengambil kira kuantiti dan kualiti;
- membangunkan ekonomi yang berasaskan sumber air atau apa-apa bidang lain yang boleh memberikan hasil bagi kelangsungan Lembaga;
- menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubungan dengan fungsi Lembaga;
- menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pengisytiharan kawasan yang ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu;
- menjaga kepentingan Negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air;
- mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan tempat-tempat dan peralatan kepunyaan Lembaga;
- menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan kuantiti, kualiti dan harga yang akan dikenakan untuk bekalan sumber air;
- menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk Lembaga dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber air;
- meluluskan lesen kepada mana-mana Pihak Berkuasa Awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka;
- menyediakan sumber manusia yang profesional dalam bidang sumber air;
- menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan Enakmen ini;
- menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber air; dan
- membuat apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau bersampingan pelaksanaan fungsi-fungsinya.
- Perlesenan untuk pengabstrakan air dan aktiviti penggubahan sumber.
- Penguatkuasaan dalam mengawal selia sumber air dan menjaga kelestarian kuanti dan kualiti air.
- Pengurusan bersepadu dalam penyelarasan dan pembangunan sumber air secara mapan.
- Pemantauan kualiti air dalam mengetahu status sumber air di Negeri Terengganu.
Terengganu mempunyai 13 lembangan termasuk satu lembangan yang berkongsi dengan negeri Kelantan. Lembangan- lembangan sungai Terengganu adalah seperti berikut:
- Sungai Kemaman
- Sungai Dungun
- Sungai Terengganu
- Sungai Besut
- Sungai Setiu
- Sungai Paka
- Sungai Marang
- Sungai Keluang Besar
- Sungai Mercang
- Sungai Kertih
- Sungai Ibai
- Sungai Semerak
Sila rujuk jadual perbezaan antara LAUT, JBA dan SATU
Perkhidmatan pelesenan di bawah ESAT 2020 setakat tahun 2021 adalah seperti berikut;
- Permintaan untuk mendapatkan borang permohonan lesen bagi Lesen Pengabstrakan Air dan Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber melalui Google Form;
- Pembayaran Fi Proses bagi memproses borang permohonan lesen;
- Pengeluaran Lesen Pengabstarakan Air dan Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber;
- Pembayaran Fi Lesen; dan
- Pembayaran Caj Aktiviti mengikut ketetapan di bawah PPADAPS 2021.
Mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan lesen boleh membuat permintaan untuk mendapatkan borang di pautan Google Form dan membayar fi proses RM150.00 bagi setiap borang yang dipohon
Bagi permohonan Lesen, pemohon boleh memilih untuk mengisi borang sepertimana berikut;
- Borang Permohonan Lesen Pengabstrakan Air Permukaan bagi pengabstrakan air permukaan seperti air sungai, air tasik dan air laut; atau
- Borang Permohonan Lesen Pengabstrakan Air Tanah bagi pengabstrakan air; atau
- Borang Permohonan Lesen Aktivit Penggubahan Sumber bagi semua aktiviti penggubahan sumber.
Bagi pengabstrakan air, kelulusan Lesen adalah daripada LAUT.
Bagi aktiviti penggubahan sumber, kelulusan Lesen adalah daripada Pihak Berkuasa Negeri.
Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah PPADAPS 2021 adalah sah sehingga 31 Disember setiap tahun kalendar atau tempoh kelulusan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Awam, tertakluk kepada aktiviti yang dijalankan.
Pemegang lesen akan dikenakan bayaran sepertimana berikut;
- Fi proses berjumlah RM150.00 bagi setiap permohonan baharu;
- Fi lesen setiap tahun sepertimana berikut;
- Caj aktiviti sebagaiman ketetapan dalam Jadual Keempat PPADAPS 2021. Sebagai contoh;
- Pembayaran apa-apa deposit atau sekuriti sebagaimana ketetapan LAUT (sekiranya ada)
Pemegang lesen hendaklah mematuhi segala peruntukan di bawah ESAT 2020 dan peraturan-peraturan di bawahnya termasuklah mematuhi apa-apa syarat lesen dan bayaran yang dikenakan bagi tujuan penggunaan sumber air.
Sekiranya anda masih ingin meneruskan aktiviti berkaitan sumber air selepas 1 Disember 2020 iaitu tarikh ESAT 2020 berkuatkuasa, anda hendaklah memohon lesen daripada LAUT.
Sekiranya anda masih ingin meneruskan aktiviti berkaitan sumber air selepas 1 Disember 2020 iaitu tarikh ESAT 2020 berkuatkuasa, anda hendaklah memohon lesen daripada LAUT.
Menurut seksyen 48 ESAT 202, anda dikecualikan daripada keperluan mendapatkan lesen dan bayaran caj dengan syarat;
- aktiviti tidak menyebabkan halangan kepada atau lencongan terhadap aliran air dalam sungai atau badan air;
- jumlah air yang diabstrak bagi pertanian dan penternakan sara diri hendaklah tidak melebihi sepuluh ribu liter sehari atau suatu jumlah lain yang bole ditentukan Pengarah dari semasa ke semasa; dan
- jumlah air yang diabstrak bagi kegunaan isi rumah hendaklah tidak melebihi dua ribu lima ratus liter sehari atau suatu jumlah lain yang bole ditentukan Pengarah dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, anda hendaklah mendaftar aktiviti anda dengan LAUT sekirnya diarahkan bagi tujuan pemantauan.
Mana-mana pihak yang melakukan pengasbtrakan air tanpa Lesen Pengabstrakan Air boleh dikenakan kompaun atau boleh didakwa di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pihak-pihak boleh dikenakan denda tidak melebihi satu (1) juta ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh (10) ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Mana-mana pihak yang melakukan aktiviti penggubahan sumber tanpa Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber boleh dikenakan kompaun atau boleh didakwa di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pihak-pihak boleh dikenakan denda tidak melebihi lima (5) juta ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh (10) ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Kuasa penguatkuasaan di bawah ESAT 2020 boleh dijalankan oleh seorang pegawai yang diberi kuasa (PDK). Bagi maksud PDK adalah termasuk Pengarah dan mana-mana pegaawai dan pekhidmat LAUT yang dilantik oleh Lembaga atau Agensi Berkaitan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga untuk menjalankan semua atau apa-apa bahagian kuasa di bawah Penguatkuasaan.
Seorang PDK mempunyai kuasa untuk memasuki premis untuk menjalankan apa-apa perkara di bawah ESAT 2020 seperti penyiasatan, penyampaian notis, penyitaan dan sebagainya.
Ya, anda mempunyai hak untuk tidak membenarkan seseorang yang mengaku sebagai PDK LAUT namun enggan menunjukkan kad kuasa/surat kuasa beliau daripada memasuki premis anda.
Ya, anda dibenarkan untuk mengikuti PDK LAUT semasa membuat siasatan di premis anda.
Terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang didapati di bawah ESAT 2020. Antaranya;
- Beroperasi tanpa Lesen daripada LAUT;
- Gagal mengikut syarat-syarat lesen LAUT;
- Melakukan aktiviti yang boleh atau berkemungkinan untuk mencemarkan sumber air;
- Gagal mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan LAUT di bawah ESAT 2020.