Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀N 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) dengan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus telah mengadakan satu sesi Taklimat Dan Latihan Keselamatan Kebakaran pada 16 Julai 2024.

Taklimat yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Tuan Azmi bin Omar. Turut diadakan sesi demonstrasi pemadaman kebakaran dengan kaedah yang betul yang ditunjuk ajar oleh Pegawai Bomba, Encik Saiful Anuar dengan bantuan beberapa orang Pegawai Bomba yang lain. Kakitangan LAUT juga diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan alat pemadam api untuk memadam api kebakaran kecil. Latihan ini boleh digunapakai sekiranya berlaku kebakaran kecil di premis LAUT.

Seterusnya, program ini diteruskan lagi dengan penerangan berserta demonstrasi berkenaan pertolongan cemas (CPR) yang disampaikan dengan jelas oleh PBK II Mohd Salim Bin Mat Saman, Unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus.

Diharapkan program ini mencapai objektif LAUT untuk meningkatkan kemahiran kakitangan tentang kaedah menyelamatkan diri dan persediaan sekiranya berlaku menghadapi situasi kebakaran, menambahkan ilmu pengetahuan mengenai tatacara pertolongan cemas dan melatih pegawai dan petugas-petugas kebakaran yang akan dilantik supaya dapat merancang dan menjalankan tugas-tugas dengan sistematik dan betul.

Pihak Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus dan semua kakitangan yang terlibat atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama-sama.

“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”