𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐋𝐎𝐊𝐈𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐆𝐄𝐎𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐘 𝐁𝐀𝐒𝐄𝐃 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐂𝐁𝐁𝐃𝐑𝐌) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟑𝟓 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍)
Penganjuran kolokium ini merupakan program pertama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa PLANMalaysia dengan Universiti Teknologi Malaysia. Program ini juga bertepatan dengan kajian Rancangan Tempatan (RT) Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035.
Program yang dijalankan turut melibatkan komuniti setempat, agensi kerajaan dan agensi swasta. Skop pengurusan risiko geobencana menjadi antara skop utama kajian ini di bawah Sektor Pengurusan Risiko Geobencana di mana antara salah satu output adalah pelaksanaan program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) serta pembangunan pelan tindakan setempat yang terperinci bagi Daerah Hulu Terengganu.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Azizul bin Aziz, Jurutera (Pengurusan Projek) mewakili LAUT.