Jawatan Kosong
JAWATAN KOSONG LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU (LAUT)
BIL | JAWATAN | SYARAT PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN | CARA MEMOHON |
---|---|---|---|---|
1. | A. PENOLONG JURUTERA (GRED JA29) KONTRAK (1 KEKOSONGAN) B. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED FA29) KONTRAK (1 KEKOSONGAN) | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memohon DUA (2) kekosongan jawatan secara KONTRAK di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT): SYARAT UTAMA LANTIKAN: 1. Warganegara Malaysia; Dan 2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan 3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. | 30 OGOS 2023 (RABU) [TELAH DITUTUP] | Sila klik pautan di bawah; IKLAN JAWATAN KOSONG BORANG PERMOHONAN |
2. | PENOLONG AKAUNTAN (GRED W29) KONTRAK | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memohon satu (1) kekosongan jawatan secara kontrak di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT). SYARAT UTAMA LANTIKAN: 1. Warganegara Malaysia; Dan 2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan 3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT LANTIKAN BAGI KEKOSONGAN JAWATAN: 1. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau 2. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; Atau 3. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau 4. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. | 24 MEI 2023 (RABU) [TELAH DITUTUP] | IKLAN JAWATAN KOSONG BORANG PERMOHONAN |
3. | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19) KONTRAK | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memohon satu (1) kekosongan jawatan secara kontrak di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sebagaimana berikut: SYARAT UTAMA LANTIKAN: 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan 3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT LANTIKAN BAGI KEKOSONGAN JAWATAN: 1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | 19 APRIL 2023 (RABU) [TELAH DITUTUP] | IKLAN JAWATAN KOSONG BORANG PERMOHONAN |
4. | PEMBANTU PENGUAT KUASA (GRED KP19) KONTRAK | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memohon dua (2) kekosongan jawatan secara kontrak di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sebagaimana berikut: SYARAT UTAMA LANTIKAN: 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan 3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT LANTIKAN BAGI KEKOSONGAN JAWATAN: 1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Atau 2. Bekas Polis atau Bekas Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; Atau 3. Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN: i. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut; a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; d. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; Dan g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. ii. Mempunyai kemahiran renang dan asas keselamatan di air akan diberi keutamaan. SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | 19 APRIL 2023 (RABU) [TELAH DITUTUP] | IKLAN JAWATAN KOSONG BORANG PERMOHONAN |
5. | PENOLONG JURUTERA (GRED 29) KONTRAK | SYARAT UTAMA LANTIKAN: 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan; 3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT LANTIKAN BAGI KEKOSONGAN JAWATAN: 1. Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KEPERLUAN TAMBAHAN: 1. Memiliki pengalaman kerja dalam sektor awam yang berkaitan dengan sumber air atau bekalan air, atau; 2. Memiliki pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun dalam mana-mana sektor awam atau swasta. SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | 26 MEI 2022 (TELAH DITUTUP) | BORANG PERMOHONAN |