“πππππππ ππππ, πππππππ ππππ”
βHealthy Body, Healthy Mindβ merupakan salah satu inisiatif Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) dalam menyokong meningkatkan kesedaran dan kesihatan fizikal serta emosi kakitangannya.
Seramai 35 orang kakitangan LAUT yang terdiri daripada para pegawai serta kumpulan pelaksana telah memberikan komitmen penuh dalam Program Pengurusan Stress Di Tempat Kerja yang telah diadakan bertempat di Bilik Syarahan, LAUT.
Program ini dikendalikan oleh dua (2) orang penceramah daripada Pusat Pakar Psikologi Jiwa Damai iaitu Dr. Hasnor Safwan (OHD Doctor) dan Cik Tasneem Anisa (Clinical Psychologist). Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada YBrs. Puan Safura binti Mad Juhari, Pengarah Sumber Air Terengganu.
Semoga segala teknik dan ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan semua kakitangan dapat menguruskan tekanan sebaiknya terutamanya di tempat kerja.
“π πππ ππ πππ π”
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#PengurusanStressDiTempatKerja