ππππππππππ πππππππππ & ππππππ ππππ πππππ
πππππππππ-πππππππππ ππππππ πππ ππππππππππ (πππππππππππππ πππππππππ) ππππ
ISNIN, 24 JULAI 2023 βΒ Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sentiasa mengambil langkah proaktif melalui penggubalan dasar, pematuhan undang-undang dan penguatkuasaan yang berterusan bagi tujuan mengawal selia sumber air Negeri Terengganu secara mapan dan berkesan.
Untuk merealisasikan matlamat tersebut, Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 telah digubal sebagai salah satu mekanisme kawalan yang memperincikan dan menyempurnakan kaedah pengkompaunan kesalahan di samping untuk memudahkan tugas-tugas dan tindakan-tindakan penguatkuasaan oleh Pegawai Diberi Kuasa LAUT.
PSAT-PK 2023 telah diwartakan sebagaimana butiran berikut :-
No. Warta : Warta No. 25, Tambahan No. 1
Tarikh Siar Warta : 22 Jun 2023
Sejajar dengan pewartaan tersebut, selaras dengan subperaturan 1 (2) Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Pengkompaunan Kesalahan) 2023, Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan 1 Januari 2023 sebagai tarikh permulaan kuat kuasa bagi Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 tersebut.
Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan sesalinan Peraturan boleh berhubung dengan Syarikat Percetakan Nasional Berhad bagi urusan pembelian.
