Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 𝐒𝐏𝐀𝐓𝐈𝐀𝐋 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐌𝐒𝐏) 𝐃𝐈 𝐗𝐈𝐀𝐌𝐄𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘, 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀

Negeri Terengganu mengorak selangkah ke depan dalam memastikan pembangunan ekonomi negeri adalah seiring dengan perlindungan alam sekitar. Pada 11 Jun 2023 lalu, LAUT telah memenuhi jemputan daripada Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS-COG), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menghadiri Latihan Pelaksanaan Marine Spatial Planning (MSP) Kuala Terengganu-Kuala Nerus di Xiamen University, China.

Marine Spatial Planning merupakan satu mekanisma baharu yang sedang giat digunapakai oleh kebanyakan negara berpesisir pantai dalam mengagihkan kegunaan pesisir pantai kepada pelbagai sektor ekonomi dan aktiviti pemuliharaan dengan lebih tepat dan bersesuaian. Wilayah Xiamen, China pula merupakan kawasan yang sudah berjaya melaksanakan kaedah pengagihan ini dan kesan limpahan ekonomi dan alam sekitar telah mula dilihat di bandar-bandar wilayah tersebut. Maka, latihan selama 5 hari ini adalah satu permulaan bagi pelaksanaan mekanisme ini di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kelak.

Seramai 15 urus setia dan 22 peserta yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan negeri Terengganu telah terlibat dalam program tersebut. Puan Safura binti Mad Juhari, Pengarah Sumber Air Terengganu dan Cik Syazni binti Mat Zahib, Pegawai Undang-Undang merupakan wakil daripada LAUT yang turut sama menyertai delegasi Malaysia.