Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 π“π€πŠπ‘πˆπ…π€π 𝐃𝐀𝐍 π’πŠπŽπ πŒπ€πŠπ’π”πƒ “π†π‘π„π˜π–π€π“π„π‘”

RABU, 14 JUN 2023 – Tahukah anda air dari gunaan harian seperti cucian pakaian, sinki tangan, pusat cucian kenderaan, dan lain-lain adalah berpotensi untuk diguna semula? Air dalam keadaan ini dipanggil β€˜Greywater’, dan ia bukanlah air sisa kumbahan dari tandas seperti anggapan umum. Bagi membolehkan Greywater ini digunapakai, sebuah Garis Panduan Pengurusan β€˜Greywater’ di Malaysia sedang giat dibangunkan oleh Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar dari NAHRIM yang telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) selaku agensi pelaksana.

Selaku Badan Kawal Selia Air negeri, LAUT telah hadir sama diwakili oleh Jurutera (Pengurusan Bersepadu), Puan Nur Hazirah binti Ali dan Penolong Pegawai Undang-Undang, Puan Aidasiha binti Daniyan bagi memberi input dalam penentuan perkataan, terma-terma lazim, aktiviti-aktiviti dan skop yang berkaitan dengan ’greywater’ ini. Jika dasar dan teknologi ini berjaya dibangunkan, krisis bekalan air mentah akan lebih mudah ditangani dengan pantas.